Assalamualaikum
1.0 PENGENALAN
Aktiviti
Pelancaran Bulan Sains dan Matematik pada awal bulan April setiap tahun
merupakan aktiviti kemuncak tahunan bagi Panitia Sains di mana murid-murid
berupaya untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sains tanpa mengira aliran
fizik, kimia ataupun biologi di hadapan orang ramai. Beberapa tahun ini,
aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dikatakan oleh murid-murid
sebagai salah satu aktiviti demonstrasi terbuka yang paling kreatif dan menarik
sepanjang kalendar takwim SMK Perimbun. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti
ternama serta aktiviti tradisi bagi Panitia Sains kerana aktiviti inilah yang
bakal menjadi barisan hadapan dalam menarik minat murid-murid terhadap pelbagai
pertandingan bertemakan sains yang diadakan sepanjang Bulan Sains dan
Matematik. Pada tahun ini, Kelab Prisma dan Rekacipta telah diberi penghormatan
dan tanggungjawab yang amat besar oleh Panitia Sains untuk meneruskan
kesinambungan kecemerlangan kreativiti Panitia Sains dalam menjayakan aktiviti
ini serta melakar latar yang mempesonakan bagi Bulan Sains dan Matematik secara
keseluruhannya.
2.0 MATLAMAT
·
Mencungkil bakat dan
kreativiti murid-murid dalam menarik minat warga SMK Perimbun terhadap aktiviti
Sains yang bakal diadakan sepanjang Bulan Sains dan Matematik.
3.0 OBJEKTIF
·
Memupuk kemahiran
berkomunikasi ahli Kelab Prisma dan Rekacipta melalui interaksi secara langsung
dengan semua warga SMK Perimbun.
·
Memberi peluang kepada
semua warga SMK Perimbun untuk mempelajari ilmu sains, terutamanya dalam bidang
kimia, dengan kaedah yang menarik.
·
Menjadi platform dalam
menentukan sambutan aktiviti Bulan Sains dan Matematik yang bakal diadakan
seterusnya.
·
Memberi peluang kepada ahli
Kelab Prisma dan Rekacipta untuk menjalankan aktiviti eksperimen secara ‘hands
on’/praktikal.
4.0 PELAKSANAAN
Tarikh :
10 April 2013
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi –
8.00 pagi
Tempat :
Dataran Muhibbah, SMK Perimbun
Penganjur :
Panitia Sains dengan Kelab Prisma dan
Rekacipta
5.0 SASARAN
Semua
warga sesi pagi SMK Perimbun (Tingkatan 3, 4, 5 dan 6). Jumlah sasaran tersebut
adalah kira-kira 1 500 orang murid.
6.0 JAWATANKUASA
6.1
JAWATANKUASA INDUK
6.1.1
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
·
Merancang pelaksanaan
aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dari segi tempat, masa,
pengurusan sumber manusia, sasaran murid dan aktiviti.
·
Memantau perjalanan
aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik untuk memastikan kelancaran
program ini.
·
Meluluskan atau melakukan
sebarang perubahan terhadap eksperimen serta aktiviti yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Pelaksana.
·
Sebagai pengantara Kelab
Prisma dan Rekacipta dengan pihak pengurusan SMK Perimbun.
6.1.2
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Puan Hajah Petri Noor Jaliah
binti Megat Adnan (Pengetua Kanan SMK Perimbun)
Guru Penasihat : Puan Rusmiyana binti Kamari
Puan Jamilah binti Mat Arshad
Pengerusi :
Mandeep Singh A/L Manjit Singh (5 Alfa)
Timbalan Pengerusi :
Beh Zi Xuan (4 Alfa)
Naib Pengerusi : Felicity Mishan Ng Yi Wey (5
Alfa)
Yee Jin Kiat (4 Delta)
Setiausaha : Shika A/P Ranjendiran (5
Alfa)
Penolong Setiausaha : Nurain Khairunnisa binti Mohd. Rozi (5
Beta)
Bendahari : Lim Zhu Tien (5 Alfa)
Penolong Bendahari : Darshwini A/P Sridharan (4 Alfa)
6.2
JAWATANKUASA PELAKSANA
6.2.1
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
·
Melaksanakan segala arahan
yang diberikan oleh Jawatankuasa Induk.
·
Menjalankan pencarian
maklumat dan eksperimen yang menarik berkenaan dengan aktiviti Pelancaran Bulan
Sains dan Matematik.
·
Diberi kuasa untuk mengendalikan
dan merancang aktiviti yang berlangsung sepanjang aktiviti Pelancaran Bulan
Sains dan Matematik dengan pemerhatian oleh Jawatankuasa Induk. (Walau
bagaimanapun, segala aktiviti dan keputusan oleh Jawatankuasa Pelaksana mesti
dirujuk kepada Jawatankuasa Induk terlebih dahulu untuk pengesahan.)
·
Melibatkan diri serta
memberi sumbangan tenaga dalam segala aktiviti yang dijalankan oleh Kelab
Prisma dan Rekacipta.
6.2.2
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Ketua: Lim Zhu Tien (5 Alfa)
1.
Yap Kean Onn (5 Delta)
2.
Ch’ng Wai Keat (5 Gamma)
3.
Lo Wei Hong (5 Alfa)
4.
Andaeus Neoh Zun Khan (5
Gamma)
5.
Chong Kah Hou (5 Gamma)
6.
Jessie Kek Teng Han (5
Beta)
7.
Liew Kar Fai (5 Gamma)
7.0 SUMBER KEWANGAN
·
Yuran ahli Kelab Prisma dan
Rekacipta
·
Peruntukan Panitia Sains
·
Sumbangan Ahli Jawatankuasa
serta Guru Penasihat Kelab Prisma dan Rekacipta
·
Sumbangan bahan kimia oleh
pihak pengurusan Makmal Sains SMK Perimbun
8.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
BAHAN
|
ANGGARAN HARGA (RM)
|
Ais kering
|
20.00
|
Pewarna makanan
|
6.00
|
Sabun pencuci
|
5.00
|
Gula
|
2.50
|
Aluminium foil
|
5.00
|
JUMLAH
|
38.50
|
9.0 TENTATIF PROGRAM
9.1 PERSEDIAAN AKTIVITI PELANCARAN
BULAN SAINS DAN MATEMATIK
Pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab
Prisma dan Rekacipta pada 21 Mac 2013, semua Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan
Rekacipta telah bersetuju untuk mengemukakan eksperimen, pembahagian sumber
manusia serta kaedah persembahan untuk Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan
Matematik seperti yang berikut:
9.1.1 EKSPERIMEN YANG DIKEMUKAKAN
1.
Dry Ice Fog
2.
Smoke Bomb
3.
Elephant Toothpaste
(Sila rujuk bahagian Eksperimen untuk maklumat
lanjut mengenai prosedur dan bahan-bahan yang diperlukan.)
9.1.2 PEMBAHAGIAN SUMBER MANUSIA
PENGERUSI
MAJLIS
Atas persetujuan semua Ahli Jawatankuasa
Kelab Prisma dan Rekacipta, Pengerusi, Mandeep
Singh A/L Manjit Singh (5 Alfa), serta Naib Pengerusi, Felicity Mishan Ng Yiwey
(5 Alfa), telah diamanahkan tanggungjawab sebagai pengerusi majlis pada hari
kejadian. Pemilihan mereka adalah atas kefasihan mereka dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris serta pengetahuan mereka yang mendalam mengenai
eksperimen-eksperimen yang bakal dipersembahkan.
PERSEMBAHAN
ATAS PENTAS
Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Lo Wei Hong (5
Alfa), Yap Kean Onn (5 Delta), dan Ch’ng Wai Keat (5 Delta), telah menggalas
tanggungjawab untuk mendemonstrasi eksperimen Smoke Bomb serta Elephant
Toothpaste di atas pentas.
AKTIVITI
PEMBUKA MAJLIS
Semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan
Pelaksana Kelab Prisma dan Rekacipta telah menerima cadangan Pengerusi untuk
menjalankan eksperimen Dry Ice Fog sebagai aktiviti pembuka majlis. Pengerusi
telah memutuskan supaya tiga stesen diwujudkan di sekitar Dataran Muhibah untuk
melaksanakan aktiviti pembuka majlis. Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan
Rekacipta berhasrat untuk memecah tradisi Pelancaran Bulan Sains dan Matematik
yang selama ini hanya membuat persembahan di atas pentas. Persembahan pembukaan
majlis yang dijalankan di sekitar Dataran Muhibbah dianggap sebagai pendekatan
yang kreatif dan lebih mudah untuk menarik perhatian murid atas sebab jarak
penglihatan yang lebih dekat serta mudah untuk berinteraksi dengan semua warga
SMK Perimbun.
Dengan itu, tiga stesen yang telah
diwujudkan di sekitar Dataran Muhibbah adalah seperti yang berikut:
STESEN
|
KEDUDUKAN
|
AJK PELAKSANA YANG DITUGASKAN
|
1
|
Hentian Muhibbah (Barisan
Kadet Remaja Sekolah)
|
Liew Kar Fai (5 Gamma)
|
2
|
Di Hadapan Garaj (Barisan
Perempuan BSMM)
|
Lim Zhu Tien (5 Alfa)
|
3
|
Tempat Duduk Terbuka
Rimbun De Café (Barisan Kadet Bomba dan Penyelamat)
|
Chong Kah Hou (5 Gamma)
|
9.1.3
KAEDAH PERSEMBAHAN
Ketika mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab
Prisma dan Rekacipta pada 21 Mac 2013, beberapa kaedah persembahan telah
dicadangkan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta. Kaedah-kaedah
tersebut merupakan sketsa, demonstrasi, dan syarahan.
KAEDAH
SYARAHAN : DITOLAK
Kaedah syarahan ditolak kerana tidak
berupaya untuk mewujudkan interaksi secara langsung dengan warga SMK Perimbun.
Lebih-lebih lagi, kaedah syarahan hanya mengaplikasikan perkongsian ilmu secara
teori yang dianggap membosankan dan bertentangan dengan objektif pelancaran
yang menginginkan ahli Prisma menjalankan aktiviti pelancaran secara ‘hands
on’/praktikal.
KAEDAH
SKETSA : DITOLAK
Berbanding dengan kaedah syarahan, kaedah
sketsa lebih digemari oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta kerana
kaedah sketsa dapat mendedahkan warga SMK Perimbun kepada ilmu sains yang
dipersembahkan dengan kreatif dan menarik. Walau bagaimanapun, kaedah sketsa
baru diamalkan oleh kumpulan persembahan Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan
Matematik pada tahun lepas. Besar kemungkinan pihak Panitia Sains serta sasaran
aktiviti ini, iaitu murid-murid sesi pagi SMK Perimbun, akan menganggap aktiviti pada tahun ini sebagai kurang
kreatif dan hanya berkisar sekitar sketsa sahaja. Tambahan pula, idea yang
disampaikan melalui sketsa mempunyai risiko untuk disalahtafsirkan oleh
warga-warga SMK Perimbun yang lemah dari segi bahasa kerana idea tersebut
biasanya lebih kepada maksud tersirat. Hal ini bertentangan dengan perancangan
aktiviti Pelancaran Sains dan Matematik yang mengetengahkan pengorakan langkah
yang baru serta mudah difahami oleh warga SMK Perimbun tanpa mengira tahap
kefahaman mereka.
KAEDAH
DEMONSTRASI : DITERIMA
Antara sebab kaedah demonstrasi diterima
termasuklah dapat menyampaikan ilmu sains secara terus untuk mudah difahami
oleh murid, merupakan kaedah persembahan yang sudah lama tidak digunakan dalam
aktiviti ini beberapa tahun yang lepas serta dapat memberikan ahli-ahli Kelab
Prisma dan Rekacipta pengalaman secara ‘hands on’/praktikal dalam menjalankan
eksperimen pada hari kejadian. Kaedah demonstrasi juga dapat melatih kemahiran
berkomunikasi ahli-ahli Kelab Prisma dan Rekacipta dengan lebih efektif
berbanding dengan kaedah sketsa dan syarahan yang terlalu terikat dengan skrip
persembahan. Kaedah demonstrasi dapat dilakukan secara bersahaja serta dapat
menonjolkan kreativiti murid-murid dalam mempersembahkan eksperimen dengan
menarik dan unik agar mudah difahami dan diingati oleh murid.
9.2 PERJALANAN PROGRAM PADA HARI
KEJADIAN
Majlis dimulakan dengan semua murid sesi
pagi SMK Perimbun berbaris mengikut badan beruniform masing-masing di Dataran
Muhibbah. Oleh sebab program tersebut dimasukkan ke dalam sesi perhimpunan
kokurikulum, upacara tersebut diteruskan dengan bacaan doa, nyanyian lagu
kebangsaan dan kemudiannya pengumuman pada hari tersebut. Sementara itu, semua
Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta telah bersedia di stesen
masing-masing, menunggu arahan seterusnya oleh Pengerusi Majlis.
Setelah sesi pengumuman selesai, tibalah
giliran rakan-rakan setugas Kelab Prisma dan Rekacipta, Mandeep Singh A/L
Manjit Singh serta Felicity Mishan Ng Yi Wey untuk mengambil alih peranan
sebagai Pengerusi Majlis. Dengan itu, secara rasminya aktiviti Pelancaran Bulan
Sains dan Matematik telah pun bermula. Aktiviti ini membuka tirainya dengan special effect di sekitar Dataran
Muhibbah yang disebabkan oleh kabus yang dilepaskan oleh ais kering yang
direndam ke dalam air panas. Seperti yang dijangka, kabus ini berjaya menarik
perhatian murid-murid terhadap eksperimen Dry Ice Fog yang dijalankan di 3
stesen sekitar Dataran Muhibbah seperti yang dirancang sebelum ini. Selepas
itu, Pengerusi Majlis memberi penerangan yang ringkas tentang langkah-langkah
untuk memperoleh special effect
seperti yang dilihat di sekitar Dataran Muhibbah dengan merendam ais kering ke
dalam air panas. Pengerusi Majlis turut menyatakan bahawa eksperimen ini sebenarnya
salah satu kaedah yang diamalkan dalam pementasan drama untuk mewujudkan latar
pembukaan drama yang berkabus.
Tanpa membuang masa, Pengerusi Majlis
meneruskan program ini dengan demonstrasi dua lagi eksperimen atas pentas.
‘Saintis’ yang berada di atas pentas ketika itu ialah Lo Wei Hong, Ch’ng Wai
Keat dan Yap Kean Onn. Demonstrasi atas pentas bermula dengan eksperimen Smoke
Bomb yang kemudiannya telah diasapkan oleh para ‘saintis’ Kelab Prisma dan
Rekacipta dengan berhati-hati. Murid-murid terpesona lagi apabila melihat kepulan
asap tebal yang dijanakan oleh campuran gula dan Potassium Nitrate yang sedikit sahaja dalam eksperimen Smoke Bomb.
Akhir sekali, demonstrasi ini mencapai
kemuncaknya dengan eksperimen Elephant Toothpaste. Tiga set radas dan bahan
eksperimen tersebut telah disediakan di atas pentas dengan bahan pewarna yang
berbeza-beza bagi setiap set. Setelah hampir semua prosedur eksperimen tersebut
selesai, pihak Kelab Prisma dan Rekacipta dengan segala hormatnya telah
menjemput Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd. Nor, Penolong Kanan SMK Perimbun
diiringi oleh Puan Noramizan binti Abdul Rahman, Ketua Bidang Sains dan
Matematik SMK Perimbun, untuk merasmikan Program Bulan Sains dan Matematik
Tahun 2013. Cara perasmian pada tahun ini juga amat menarik dan bersifat ‘hands
on’, iaitu menyempurnakan eksperimen tersebut dengan satu langkah terakhir – menambahkan sesudu Potassium
Iodide ke dalam salah satu set eksperimen yang telah disediakan oleh
‘saintis’ kami. Dengan itu, larutan eksperimen tersebut memancut keluar dengan
menakjubkan sekali, melambangkan keajaiban sains yang berjaya membuka minda
generasi muda tanpa mengira usia ataupun tahap kefahaman mereka.
Setelah eksperimen tersebut disempurnakan,
Pengerusi Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Abdul Rahim
bin Mohd. Nor untuk menyampaikan sepatah dua kata semangat kepada para murid
SMK Perimbun. Beliau mendedikasikan pujiannya yang ikhlas kepada Ahli
Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta atas demonstrasi yang menarik tersebut
serta memberi motivasi kepada murid-murid untuk mendalami ilmu sains dan
teknologi kerana sains sememangnya menakjubkan. Lantaran itu, program tersebut
telah berakhir dengan jayanya di mana kedua-dua pihak, iaitu murid dan guru
telah dapat mendalami ilmu sains secara kreatif dan unik pada hari kejadian.
10.0 PENUTUP
Secara
keseluruhannya, aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik berjaya mendapat
sambutan yang hangat oleh semua warga SMK Perimbun. Hal ini secara tidak
langsung telah memberi permulaan yang memberangsangkan bagi aktiviti-aktiviti
Bulan Sains dan Matematik 2013 lain yang bakal diadakan. Kelab Prisma dan
Rekacipta berjaya sekali lagi menjulang namanya dalam kalangan murid dan guru
SMK Perimbun. Dengan itu, kami berharap agar kesinambungan kecemerlangan
kreativiti murid ini dapat diteruskan dengan persembahan yang lebih kreatif dan
menarik pada tahun yang berikutnya.