Friday 13 September 2013

PORTABLE SOLAR COOKING




Assalamualaikum


Pertandingan Portable Solar Cooking merupakan satu program tahunan sempena Karnival Sains dan Teknologi peringkat negeri. Program ini mendedahkan kepada murid meneroka ciptaan dan inovasi menggunakan sumber tenaga alternatif yang mesra alam iaitu tenaga solar.Matlamat aktiviti ini adalah untuk meningkatkan minat murid terhadap subjek sains, teknologi dan inovasi.



1.0      OBJEKTIF



Pertandingan Portable Solar Cooking diadakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

  • Menanam minat, meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar dalam bidang sains dan inovasi;
  • Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif;
  • Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu aktiviti teknikal yang boleh membantu  meningkatkan fahaman mereka;



2.0     SASARAN



Semua murid tingkatan 3



3.0     PELAKSANAAN



Tarikh            :      24 April 2013

Masa              :      1.00 4.00 petang

Tempat           :      Dataran Muhibbah, SMK Perimbun





4.0     PERBELANJAAN



Sumber Kewangan   : Peruntukan Ko-Akademik Panitia Sains SMK Perimbun.

Peralatan dan bahan-bahan :    RM20.00





5.0     RUMUSAN



Dalam pertandingan ini, peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan.

Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml.

Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air.  

Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa sebarang sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu.



Senarai nama peserta dan pemenang adalah seperti lampiran yang disertakan.














No comments:

Post a Comment