Assalamualaikum
1.0
PENDAHULUAN
Pertandingan
Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) merupakan satu program
tahunan yang dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Universiti Malaya. Ia merupakan satu program pendidikan sains yang merentas
kurikulum sekolah menengah dalam negara.
Dalam
pertandingan ini, para peserta dikehendaki mencipta model roket air yang
sempurna dengan menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter agar ia dapat
memininumkan daya geseran dengan gaya kreativiti dan inovasi yang tinggi.
Seterusnya model roket air itu akan menyempurnakan beberapa misi pelancaran ke
udara dengan menggunakan alat pelancar roket air berserta kombinasi tekanan air
dan udara sahaja. Terdapat pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu
difahami dan diadaptasi terlebih dahulu oleh pelajar sebelum menghasilkan roket
air tersebut.
2.0
MATLAMAT
Meningkatkan minat murid terhadap subjek sains dan membuat pemilihan wakil
sekolah dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket peringkat daerah.
3.0
OBJEKTIF
Pertandingan
Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) diadakan bertujuan untuk mencapai
objektif-objektif seperti berikut:
- Menanam
minat, meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar
dalam bidang sains dan teknologi angkasa;
- Membudayakan
pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif;
- Memberi
landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan
satu aktiviti teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka;
dan
- Menjadikan
bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan.
4.0
SASARAN
Semua murid tingkatan 4
5.0
PELAKSANAAN
Tarikh : 24 dan 26 April 2013
Masa : 2.00 – 6.00 petang
Tempat : Makmal
Momentum dan Padang Arena Juara SMK Perimbun
6.0
PERBELANJAAN
Sumber Kewangan : Peruntukan
Ko-Akademik Panitia Sains SMK Perimbun.
Peralatan dan bahan-bahan membina roket :
RM200.00
7.0
RUMUSAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori seperti berikut:
i. Kateogri R2* – Sasaran (Target)
ii. Kategori R3* – Payung Terjun (Parachute)
Pada 24 April, murid-murid telah diberi taklimat oleh guru bertugas dan
seterusnya membina model roket air menggunakan botol minuman plastik 1.5 liter.
Pada 26 April, murid-murid telah melancarkan roket tersebut mengikut
kategori yang telah ditetapkan.
Senarai nama peserta dan pemenang adalah seperti lampiran yang disertakan.
8.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pihak kelab mencadangkan program ini diteruskan pada tahun hadapan dengan
beberapa penambahbaikan seperti memberi taklimat dan pendedahan awal tentang
pertandingan ini kepada murid-murid dan membuat hebahan secara drastik agar
dapat menarik minat lebih ramai murid mengambil bahagian atau memberi sokongan
dalam program ini.
No comments:
Post a Comment