Assalamualaikum
w.b.t
1.0
PENDAHULUAN
Program ini adalah kerjasama di antara Pusat Sains Negara (PSN)
dengan Bahagian Kesenian dan Ko-kurikulum (BKK), Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Sasbadi Sdn. Bhd.
2.0
MATLAMAT
Meningkatkan minat murid terhadap subjek sains dan
membuat pemilihan wakil sekolah dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket
peringkat daerah.
3.0
OBJEKTIF
Merangsang murid yang menyertai program untuk menyelesaikan
masalah melalui pemikiran kreatif, logik dan di luar sempadan (‘Out of the
box’)
3.1
Meningkatkan kepakaran menggunakan peralatan berteknologi
seperti berikut :
i. memprogramkan komputer
ii. membina dan merekacipta robot
iii. menguasai bidang matematik, sains, komputer, seni dan bahasa.
i. memprogramkan komputer
ii. membina dan merekacipta robot
iii. menguasai bidang matematik, sains, komputer, seni dan bahasa.
3.2
Menyemai semangat berpasukan, meningkatkan kebolehan
berkomunikasi dan mengasah bakat kepimpinan.
3.3
Memupuk kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan bermotivasi
tinggi.
4.0
SASARAN
Semua murid tingkatan 3 dan 4
5.0
PELAKSANAAN
Kursus Pengendalian Robotic ini telah pada di kendalikan
oleh Pegawai Khas dari SASBADI Sdn Bhd. pada 22 Februari dan 15 Julai 2013.
A. Sesi taklimat dan
pemilihan peserta wakil sekolah.
Satu pengumuman telah dibuat kepada semua murid sesi pagi
oleh guru, bagi memaklumkan pemilihan wakil sekolah ke Pertandingan Robotic
2013.
B. Kursus Pengendalian
Robotic 1 dan Kursus Pengendalian Robotic 2.
Murid-murid yang
berminat telah dijemput menghadiri Kursus Pengendalian Robotic. Dalam kursus ini murid telah didedahkan
dengan teknik-teknik untuk menyelesaikan
masalah melalui pemikiran kreatif, logik dan di luar sempadan (‘Out of the
box’).
Mereka juga dibimbing bagaimana untuk meningkatkan
kepakaran menggunakan peralatan berteknologi, memprogramkan komputer dan
membina serta merekacipta robot.
C. Pertandingan Robotic
Peringkat Negeri Selangor.
Pertandingan ini dijangka dijalankan pada bulan
September.
6.0
PERBELANJAAN
Sumber Kewangan : 1. Peruntukan Ko-Akademik Panitia Sains
2. SMK
Perimbun.
Peralatan : RM 1400.00
7.0
RUMUSAN
Pertandingan dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu:
i.
Pertandingan Peringkat Zon.
ii.
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
iii.
Pertandingan Peringkat Antarabangsa
Sebanyak 2 pasukan
telah terpilih mewakili sekolah .
8.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pihak kelab mencadangkan program ini diteruskan pada
tahun hadapan dengan beberapa penambahbaikan seperti memberi taklimat dan
pendedahan awal tentang pertandingan ini kepada murid-murid dan membuat hebahan
secara drastik agar dapat menarik minat lebih ramai murid mengambil bahagian
atau memberi sokongan dalam program ini.
No comments:
Post a Comment