Assalamualaikum
1.0
PENDAHULUAN
Pertandingan
Air Cushion merupakan satu program tahunan sempena aktiviti Bulan Sains
dan Matematik peringkat sekolah. Program ini mendedahkan murid untuk meneroka
ciptaan dan inovasi berdasarkan pengetahuan sains yang mereka pelajari dalam
bilik darjah.
2.0
MATLAMAT
Meningkatkan minat murid terhadap subjek sains, teknologi dan inovasi.
3.0
OBJEKTIF
Pertandingan Air Cushion
diadakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
- Menanam
minat, meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar
dalam bidang sains dan inovasi;
- Membudayakan
pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif;
- Memberi
landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan
satu aktiviti teknikal yang boleh membantu
meningkatkan fahaman mereka;
4.0
SASARAN
Semua murid tingkatan 4 dan 5
5.0
PELAKSANAAN
Tarikh : 25 April 2013
Masa :
1.00 – 4.00 petang
Tempat
: Makmal Mercury dan Bangunan Blok D, SMK Perimbun
6.0
PERBELANJAAN
Sumber Kewangan : Peruntukan
Ko-Akademik Panitia Sains SMK Perimbun.
Peralatan dan bahan-bahan membina air cushion : RM50.00
7.0
RUMUSAN
Dalam pertandingan ini, peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz yang
hendak digunakan.
Bekas yang direka mestilah boleh menghalang sebiji telur daripada pecah
apabila dicampakkan dari tempat yang tinggi.
Senarai nama peserta dan pemenang adalah seperti lampiran yang disertakan.
8.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pihak kelab mencadangkan program ini diteruskan pada tahun hadapan dengan
beberapa penambahbaikan seperti memberi taklimat dan pendedahan awal tentang
pertandingan ini kepada murid-murid dan membuat hebahan secara drastik agar
dapat menarik minat lebih ramai murid mengambil bahagian atau memberi sokongan
dalam program ini.
No comments:
Post a Comment