Assalamualaikum w.b.t
1.0
PENDAHULUAN
Pertandingan Saintis Muda merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan merupakan
satu program pendidikan sains yang merentas kurikulum sekolah menengah dalam
negara. Dalam pertandingan ini murid-murid didedahkan
kepada aktiviti amali sains sebagai sokongan kepada teori yang dipelajari di
dalam bilik darjah.
2.0
MATLAMAT
2.1
Melahirkan murid yang
berfikiran kreatif, kritis dan saintifik.
2.2
Memupuk budaya kerjasama antara rakan sepasukan untuk
menyelesaikan persoalan saintifik.
2.3
Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha pelajar
dalam bidang Sains dan Teknologi.
2.4
Menanamkan sikap positif, nilai-nilai murni, disiplin dan mematuhi
arahan semasa menjalankan amali dalam makmal.
3.0
OBJEKTIF
3.1
Menyediakan peluang murid mengembangkan bakat dan minat dalam
bidang Sains dan Teknologi.
3.2
Meningkatkan penyertaan pelajar dalam karnival Sains dan
Teknologi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
3.3
Menyediakan pelajar yang mempunyai ketahanan dari segi emosi
dalam menghadapi tekanan pertandingan.
3.4
Menyediakan pelajar yang mampu berkomunikasi dan bekerjasama
dengan anggota pasukan menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang terhad.
4.0
SASARAN
Semua murid tingkatan 3
5.0
PELAKSANAAN
Tarikh : 10 April 2013
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Makmal
Mercury, SMK Perimbun
5.1 Syarat Pertandingan
Setiap pasukan diwakili oleh 2 orang
5.1.1 Pertandingan adalah dalam
bentuk bertulis. Pertandingan dijalankan secara stesen. LIMA stesen disediakan
:
a.
Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang
menguji kemahiran pelajar menjalankan eksperimen. Peserta perlu menjalankan
eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut. Panel hakim akan
menilai peserta , ketika menjalankan eksperimen tersebut. Penilaian berdasarkan
kemahiran saintifik yang ditunjukkan oleh peserta bagi menjalankan eksperimen.
b.
Loceng akan dibunyikan untuk
memulakan pertandingan apabila habis tempoh masa menjawab. Loceng panjang 1
kali bermakna peserta mesti bergerak ke stesen berikutnya. Jawapan peserta akan
dihakimi oleh panel hakim. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang
diperolehi semasa penilaian panel hakim ketika eksperimen dijalankan dan markah
jawapan bertulis peserta. Pasukan dengan markah tertinggi dipilih sebagai
pemenang. Keputusan hakim adalah muktamad.
5.1.2
FORMAT
SOALAN
Terdapat
SATU soalan dengan beberapa pecahan di setiap stesen
a.
Kemahiran
manipulatif : 3-4 markah
Membaca,
membina jadual, memplot graf atau melukis gambarajah.
Mengukur,mengguna
dan mengendali peralatan dengan betul.
Bekerjasama
b.
Kemahiran
Proses Sains dan Soalan Aplikasi, menjawab di ruang yang disediakan : 6- 7
markah
c.
Jumlah
markah untuk setiap stesen adalah 10.
6.0
PERBELANJAAN
Sumber Kewangan : Peruntukan Ko-Akademik Panitia Sains SMK Perimbun.
Peralatan dan bahan-bahan eksperimen : RM100.00
7.0
RUMUSAN
Aktiviti ini sangat baik bagi meningkatkan kemahiran proses
sains murid dan dapat menggalakkan murid meneroka pengetahuan tambahan.
8.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pihak kelab mencadangkan program ini diteruskan pada
tahun hadapan dengan beberapa penambahbaikan seperti memberi taklimat dan
pendedahan awal tentang pertandingan ini kepada murid-murid dan membuat hebahan
secara drastik agar dapat menarik minat lebih ramai murid mengambil bahagian
atau memberi sokongan dalam program ini.
No comments:
Post a Comment